PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghormati keputusan (Semakan Kehakiman) yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak berhubung pelaksanaan Undi18. Bercakap kepada Utusan Malaysia, satu sumber SPR berkata, ini termasuk soal pendaftaran pemilih automatik bagi rakyat yang belum pernah berdaftar sebagai pemilih. “Sebarang tindakan susulan SPR akan dimaklumkan kelak,” kata sumber tersebut semalam. Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam keputusannya mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Undi18 selewat-lewatnya pada 31 Disember…










