UMNO perlu henti tindas, sekat suara pemimpin muda - Armada - Utusan Malaysia

UMNO perlu henti tindas, sekat suara pemimpin muda – Armada

MUHAMMAD ZULFADHLY ZULKIFLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO perlu menghentikan segala bentuk penindasan terhadap suara-suara pelapis pimpinan muda dalam parti mereka.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Zulfadhly Zulkifly berkata, ini termasuk tindakan memecat atau menggantung keahlian mereka.

Katanya, tindakan sedemikian tidak wajar hanya kerana mereka melontarkan pendapat demi agama, bangsa dan tanah air, tetapi bercanggah dengan pendapat Presiden UMNO.

“UMNO juga boleh mencontohi corak kepimpinan Bersatu yang sentiasa membuka ruang kepada anak muda dan pelapis baharu di mana kita ada Timbalan Presiden yang berumur 51 tahun dan Naib Presiden berumur 35 tahun.

“Ini termasuk banyak lagi pimpinan muda lain yang diangkat ke peringkat tertinggi kepimpinan Bersatu yang mana saya sendiri sewaktu diangkat menjadi Exco Pemuda Bersatu Malaysia pada usia 25 tahun pada pemilihan parti tahun lepas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan UMNO menggantung keahlian Exco Pemuda mereka, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

PapaGomo dilaporkan berkata, beliau hanya membuat saranan agar masyarakat Melayu bersatu dan bukan menyeru ahli UMNO untuk menyertai parti Bersatu.

Sehubungan itu, Muhammad Zulfadhly menyambut baik kenyataan Papagomo yang menyatakan pendirian tiada salahnya jika UMNO dan Bersatu menjalinkan kerjasama.

“Saya menyambut baik saranan Papagomo yang merupakan seorang ahli UMNO dengan perasaan gembira dan berbesar hati.

“Ini kerana akhirnya orang Melayu akan dapat disatukan semula dengan adanya kerjasama, segala perselisihan pendapat dan fahaman antara kedua-dua parti besar ini dapat diatasi, lantas bergerak di bawah satu wadah perjuangan yang sealiran,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN