Pulapol Kota Kinabalu kena PKPD akibat  daripada jurulatih bergejala - Utusan Malaysia

Pulapol Kota Kinabalu kena PKPD akibat  daripada jurulatih bergejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bermula daripada seorang jurulatih yang bergejala, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kota Kinabalu, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa hingga 19 September ini.

Kes indeks yang berusia 44 tahun dan tinggal di Blok Orkid, zon perumahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan itu disahkan sebagai positif wabak Covid-19 pada 26 Ogos lalu.

Anggota terbabit mula bergejala dua hari sebelum itu dilapor menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Luyang dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin Rawatan Risiko Rendah di Kota Belud.

Situasi itu mencetuskan Kluster Jalan Pahlawan apabila berlaku penularan dalam kalangan pelatih, rakan sekerja, petugas dewan makan dan keluarga mereka melibatkan 45 individu.

Ini adalah PKPD yang kedua membabitkan institusi latihan kepolisan itu selepas Pulapol Kuching di Sarawak sekitar April lalu akibat Kluster Puncak Borneo menjangkiti 415 pelatih.  

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md.Saad berkata, turut dilaksanakan PKPD pada tempoh sama ialah dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah yang semalam merekodkan sejumlah 903 kes baharu.melibatkan zon perumahan Taman Baru Kuala Kedah serta zon Taman Bahtera, Taman Seri Marina, Taman Seri Putra,Kampung Tepi Laut, Kampung Sematang dan Kampung Balai.

Beliau berkata, hanya satu lokaliti yang sepatutnya berakhir PKPD esok, tetapi disambung lagi iaitu Penjara Tapah termasuk kuartersnya di Batang Padang, Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN