Nasken Coffee fail permohonan ketepi penghakiman ingkar kehadiran

Nasken Coffee fail permohonan ketepi penghakiman ingkar kehadiran

ADNAN Seman @ Abdullah (kanan) bersama Muhammad Zaki Harun (tengah) dan Muhammad Baihaqi Mohd. Zulkepli (kiri) menunjukkan penghakiman ingkar kehadiran yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu dalam sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Nasken Coffee (PM) Sdn. Bhd. akan memfailkan permohonan di mahkamah untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran yang mengarahkan syarikat itu membayar baki hutang pembelian saham berjumlah RM440,000 kepada bekas pemilik Kelantan Red Warrior FC (KRW FC), Nik Hafiz Naim Nik Hassan.

Peguam yang mewakili Nasken Coffee, Datuk Adnan Seman @ Abdullah berkata, permohonan tersebut difailkan selewat-lewatnya pada 7 Mei ini, iaitu dalam tempoh 30 hari selepas pihaknya menerima penghakiman berkenaan pada 7 April lalu.

Katanya, penghakiman ingkar kehadiran itu masih boleh diketepikan sekali gus membolehkan kes berkenaan dibuka semula untuk perbicaraan penuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penghakiman ingkar kehadiran yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 6 April lalu adalah berkaitan pertikaian pengambilalihan 100 peratus saham KRW Sports and Entertainment Sdn. Bhd. (KRWSESB) bernilai RM500,000 yang berlarutan sejak tahun lalu.

“Sekiranya penghakiman ini diketepikan, kes dibicarakan semula dan memberi peluang kepada Nasken Coffee untuk mengemukakan pembelaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini 

Sidang akhbar itu turut dihadiri Presiden KRW FC, Datuk Muhammad Zaki Harun dan Pengurus Besar Nasken Coffee, Muhammad Baihaqi Mohd. Zulkepli.

Adnan berkata, permohonan tersebut juga disertakan dengan tuntutan balas oleh Nasken Coffee yang mendakwa membelanjakan hampir RM3 juta sejak mengambil alih KRW FC bagi menyelesaikan pelbagai masalah, termasuk isu representasi yang didakwa tidak didedahkan oleh Nik Hafiz.

Sebelum ini, Nik Hafiz selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan Ahmad Haziea and Associates pada Februari lalu dengan menamakan Nasken Coffee (PM) Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama dan Nasken International sebagai defendan kedua.

Sementara itu, Muhammad Zaki menyeru penyokong bola sepak Kelantan agar terus memberi tumpuan kepada prestasi KRW FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro dan tidak terpengaruh dengan isu perundangan yang tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini