PUTRAJAYA: Projek naik taraf Kompleks Seri Perdana dengan kos keseluruhan RM38.5 juta diluluskan pada 19 Mac lalu dan kerja pembinaannya bermula 29 Mac. Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kerja-kerja membaik pulih itu termasuk penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap kompleks kediaman Perdana Menteri itu. “Ia dijangka siap pada 7 Disember ini dan setakat semalam, kerja-kerja baik pulih itu…










