Nilai RT bawah 1.0 dua hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Nilai RT bawah 1.0 dua hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan bacaan kurang dari 1.0 nilai RT bagi dua hari berturut-turut sekali gus menjadi petanda positif memandangkan catatan itu direkodkan walaupun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semalam, nilai RT adalah 0.99 berbanding hari ini, 0.97 yang menyaksikan keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ia bertambah baik secara perlahan. 

“Jika dikategorikan, daripada 19,378 kes positif harian, sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala 19,046 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Secara keseluruhan, 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,378 kes berbanding semalam 20,988 kes sekali gus diatasi kes sembuh iaitu 22,399 kes dengan 330 kematian serta 34 kluster baharu dan 975 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 463 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 259,189 kes aktif. 

Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 3,613 kes diikuti Sarawak (2,464), Sabah (2,404), Johor (2,331), Pulau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389) dan Kelantan (1,356). 

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur (740), Pahang (559), Terengganu (532), Melaka (399) dan Negeri Sembilan (270). 

“Perlis pula merekodkan 80 kes dan Putrajaya, 41 kes manakala Labuan haya empat kes sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai 330 kematian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 148 kes diikuti Pulau Pinang (38), Johor (37), Sabah (35), Kedah (21), Perak (15), Melaka dan Kelantan, masing-masing 11 kes; Sarawak (6), Pahang (4) manakala Terengganu dan Kuala Lumpur, masimng-masing dua kes.

“Kematian melibatkan 189 lelaki dan 141 wanita dengan 62 kes daripada keseluruhan kematian adalah warga asing manakala 93 kes adalah kematian yang dibawa ke hospital termasuk 34 warga asing dan 264 orang pula, mempunyai latar belakang penyakit,” katanya.

Dalam perkembangan mengenai pertambahan 34 kluster baharu, Noor Hisham berkata, Johor mencatatkan negeri tertinggi iaitu lapan kluster manakala Kelantan (7), Sarawak dan Selangor, masing-masing empat kluster, Pulau Pinang dan Perak, masing-masing tiga kluster, dua di Pahang manakala Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka, masinhg-masing satu kluster.

Katanya, tempat kerja merekodkan 20 kluster, komuniti, lapan kluster; kumpulan berisiko tinggi, empat kluster manakala keagamaan dan pendidikan, masing-masing satu kluster.

“Kluster tempat kerja, Johor mencatatkan tujuh kluster, empat di Selangor, tiga di Kelantan, dua di Pulau Pinang manakala Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Sarawak, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster komuniti, tiga di Kelantan, dua di Sarawak manakala Melaka, Pahang dan Perak, masing-masing satu kluster. Kluster kumpulan berisiko tinggi pula, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor, masing-masing satu kluster,” katanya.

Tambahnya, kluster keagamaan, satu di Kelantan manakala kluster institusi pendidikan, satu di Sarawak. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN