Kerajaan rangka Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

Kerajaan rangka Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia

PELAN Perpaduan Keluarga Malaysia antara lain diharapkan dapat melahirkan rakyat yang membudayakan perpaduan untuk mengukuhkan ekosistem perpaduan negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif melalui penghayatan Rukun Negara dan di atas pembinaan perpaduan yang harmoni dan sejahtera.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique berkata, pelan itu mempunyai aspirasi dalam memahami konsep perpaduan dalam konteks Keluarga Malaysia.

“Pelan ini akan mewujudkan aspirasi perpaduan yang jelas untuk dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang antara 2021 hingga 2030, menggariskan anjakan strategi dan inisiatif baharu yang bersasar dan komprehensif bagi merealisasikan aspirasi perpaduan yang diharapkan.

“Rangka pelan ini juga akan memacu pelaksanaan strategik dalam usaha untuk mencapai Dasar Perpaduan Negara yang telah ditetapkan melalui tiga aspirasi penting iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam usaha membina rakyat yang patriotik dan demokratik, membentuk identiti nasional dengan semangat kekitaan, prihatin dan inklusif serta saling menghormati dan bertanggungjawab,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

HALIMAH MOHAMED SADIQUE

Katanya lagi, pelan itu juga diharapkan dapat melahirkan rakyat yang membudayakan perpaduan untuk mengukuhkan ekosistem perpaduan negara.

Pada masa sama, Halimah berkata, kementerian juga sedang memuktamadkan Pelan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Rakan Perpaduan.

“Pelan ini bagi menyokong pelaksanaan program perpaduan supaya dapat dibudayakan dalam kalangan Keluarga Malaysia bukan sahaja kepada usaha usaha laksanakan berasingan persendirian membawa pihak NGO, swasta dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya