KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menerima kembali kehadiran pelajar apabila gelembung kampus (campus bubble) diwujudkan mulai Oktober ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, mekanisme lanjut akan dimaklumkan pada waktu terdekat dengan mengambil kira kadar vaksinasi mahasiswa serta seluruh warga universiti. “Kita kena menerima hakikat bahawa kehidupan kita berada dalam ancaman pandemik Covid-19, maka pihak KPT akan membuka universiti awam dan swasta untuk kemasukan…










