MARANG: Umat Islam negara ini yang mahu menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah dijangka boleh berbuat demikian sebelum akhir tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sekiranya tiada sebarang halangan, perkara itu berkemungkinan dapat direalisasikan dalam tempoh dua bulan lagi. Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada situasi semasa Covid-19 dalam negara di samping kebenaran kerajaan Arab Saudi. “Saya yakin dalam sebulan dua lagi (umrah boleh dilaksanakan) cuma biasanya kalau kes Covid-19 tinggi tentunya susah nak pergi tetapi kita akan mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya