PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-42 yang sedang berlangsung menjadi bukti nyata rakyat Malaysia masih amat berminat membeli dan membaca buku. Namun begitu, rata-rata pengunjung merupakan kelompok yang memang berminat membaca dan mencintai bahan bacaan. Bagaimana pula dengan golongan yang kurang membaca atas pelbagai sebab dan alasan? Perlu diakui, dalam kesibukan harian yang penuh dengan tuntutan kerja dan tanggungjawab keluarga, ramai orang dewasa sukar meluangkan masa membaca buku cerita. Namun, membaca bukan sekadar aktiviti masa lapang. Sebaliknya, perlu diakui sebagai keperluan penting untuk perkembangan diri dan kesejahteraan mental.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya