Syor wujud Hab Anak Muda di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Syor wujud Hab Anak Muda di Negeri Sembilan

PRESIDEN NSEA, Muhammad Faries Faizal Shamsul (kiri) menyerahkan jersi kepada Mohamad Taufek selepas Majlis Menandatangi Perjanjian Persefahaman di antara Tabah dan NSEA di Seremban hari ini. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang mewujudkan sebuah hab bagi mengetengahkan bakat anak muda di negeri ini dalam aktiviti e-sport dan kebudayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, pusat aktiviti dikenali sebagai Hab Anak Muda itu turut menjadi lokasi buat golongan muda di negeri ini mendapatkan maklumat berkaitan hala tuju masa depan mereka.

“Saya akan meyakinkan kerajaan negeri bahawa hab ini menjadi tempat tumpuan anak muda Negeri Sembilan. Ia akan jadi pusat untuk mereka dapatkan semua maklumat berkaitan keusahawanan, pendidikan dan e-sport,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan (NSEA) di Wisma Negeri di sini hari ini.

Jelas Mohamad Taufek, lokasi hab berkenaan akan berada di sekitar kawasan Seremban 2 iaitu bangunan milik kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN