LONDON: Britain akan melaksanakan larangan penuh terhadap diesel dan bahan api jet yang dihasilkan daripada Russia menjelang 2027, dalam usaha menamatkan penggunaan lesen sementara bagi produk minyak negara itu.
Bulan lalu, Britain memaklumkan akan terus membenarkan import diesel dan bahan api jet yang ditapis daripada minyak mentah Russia di negara ketiga.
Langkah itu sekali gus menangguhkan larangan yang diumumkan sebelum ini, atas alasan isu bekalan berikutan daripada perang Iran.
Kerajaan berkata, sekatan sedia ada tidak ditarik balik, tetapi sekatan baharu akan dilaksanakan secara berperingkat.
Kelmarin, Kementerian Perniagaan dan Perdagangan Britain berkata, lesen sementara bagi pelaksanaan berperingkat larangan itu akan tamat pada 1 Januari 2027.
Katanya, kerajaan akan terus menyemak lesen tersebut setiap dua minggu, dengan matlamat untuk menarik balik lesen itu secepat mungkin.- AGENSI










