KLANG: Pengurusan pusat tahfiz di Selangor mendakwa menghadapi kekangan untuk membayar gaji kira-kira 8,000 tenaga pengajar berikutan terdapat tunggakan yuran bulanan yang belum dijelaskan ibu bapa. Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS), Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa berkata, pusat-pusat tahfiz di negeri itu berdepan tunggakan yuran berjumlah sehingga RM8 juta. Menurutnya, walaupun diberikan pemotongan sehingga 60 peratus, ramai ibu bapa masih tidak mampu membayar yuran anak-anak mereka disebabkan mereka turut…










