Lima permohonan bina pusat krematorium di Selangor - Utusan Malaysia

Lima permohonan bina pusat krematorium di Selangor

TENG CHANG KHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peningkatan kematian akibat jangkitan Covid-19 dan kepadatan penduduk di Selangor mungkin menjadi faktor kepada permohonan pembinaan lima buah pusat krematorium di seluruh Selangor.

Permohonan pembinaan itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang diterima oleh empat pihak berkuasa tempatan (PBT).

PBT berkenaan adalah Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat dua permohonan untuk membina krematorium di MPKS iaitu di Jeram dan Ijok yang  mendapat kelulusan kebenaran merancang.

“MPKj pula telah menerima permohonan pembinaan pusat ini di Beranang dan permohonan ini telah diluluskan pada 9 Mac lalu,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sini hari ini.

  1. Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki (PH-Balakong) yang bertanyakan mengenai penyelesaian masalah kekurangan pusat krematorium yang berlaku di Selangor ketika ini.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak tujuh pusat tersebut yang ada di Selangor iaitu di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2 pusat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) (2), dan masing-masing satu di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Mesyuarat Khas Bagi Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor pada 2 Februari tahun ini mengambil maklum menarik semula cadangan pembinaan krematorium di Kapar, Klang oleh pihak bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini