Lengkap vaksin tetap kena patuh SOP - Utusan Malaysia

Lengkap vaksin tetap kena patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerima dua dos vaksin Covid-19 masih perlu mematuhi prosedur operasi stan­dard (SOP) kerana ia bukan jaminan seseorang bebas dijangkiti virus tersebut.

Langkah pencegahan asas seperti memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, penjarakan fizikal dan kurangkan pergerakan mesti terus diamalkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata, kelonggaran diumumkan kerajaan dikhuatiri bakal menyum­bang peningkatan kes ha­rian Covid-19.

“Jika mahu selamat, maka kita perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan sepatutnya. Vaksin Covid-19 bukan satu-satunya pencegahan tetapi ia mesti selari dengan beberapa langkah asas lain.
“Kita harus sedar masih ada yang terkena jangkitan walaupun sudah melengkapkan dua dos vaksin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lebih banyak kelonggaran dengan syarat mereka lengkap dua dos vaksin termasuk kemudahan rentas daerah dan makan di kedai dengan hanya menunjukkan sijil digital vaksinasi kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) dan pemilik kedai.

Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof. Dr. Adlina Suleiman berkata, kelonggaran menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) diyakini sudah mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak berwajib.

“Ini tidak menjadi kebimbangan sebaliknya kadar kematian yang meningkat mendadak wajar ditangani,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN