Ismail Sabri jumpa Tun M? - Utusan Malaysia

Ismail Sabri jumpa Tun M?

Shamsul Iskandar Mat Akin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin ketika ditemui di pejabat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Gasing, di sini.

“Saya difahamkan ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Namun, beliau tidak tahu mengenai butiran pertemuan tersebut.

“Saya tidak tahu, tapi kita dapat maklumat,” katanya.

Anwar dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beberapa ketua parti dan pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) turut bermesyuarat di pejabat Anwar termasuk Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN