Hati-hati individu menyamar Ketua Polis Johor - Utusan Malaysia

Hati-hati individu menyamar Ketua Polis Johor

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang awam diminta  berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai Ketua Polis Johor dipercayai bertujuan melakukan jenayah penipuan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, baru-baru ini pihaknya mengesan beberapa nombor telefon yang digunakan untuk melakukan jenayah penyamaran tersebut.

“Nombor yang dikesan ialah  016-4818565 dan 010-8368223,” kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Menurut beliau, orang awam diminta agar jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor.

Ayob Khan turut memberitahu, sekiranya mana-mana pihak mengesan perbuatan tersebut, mereka diminta membuat laporan di balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pusat Kawalan Johor di talian 07-2254047 atau hubungi Pegawai Khas Ketua Polis Johor di talian 013-9058124 jika dihubungi individu mencurigakan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya