Tiba masanya Ahmad Zahid letak jawatan - Zahidi - Utusan Malaysia

Tiba masanya Ahmad Zahid letak jawatan – Zahidi

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sekiranya beliau berjiwa besar untuk melihat parti itu terus menjadi harapan rakyat khususnya orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dalam kea­daan Ahmad Zahid berdepan de­ngan tuduhan rasuah di mahkamah, mungkin sukar bagi parti itu untuk terus mendapat soko­ngan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan sekiranya UMNO tewas, ini suatu malapetaka besar buat parti dan orang Melayu.

Menurutnya, Ahmad Zahid sepatutnya mencontohi amalan pemimpin-pemimpin dahulu parti itu seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Dr. Mohamad Khir Toyo yang melepaskan jawatan dalam parti selepas didakwa di mahkamah kerana tuduhan kes rasuah.

“Kalau dia (Ahmad Zahid) gentleman, punyai semangat, berjiwa besar, maka letaklah jawatan. Ini adalah lebih baik untuk UMNO. Dalam keadaan sekarang, ramai yakin kepada UMNO dan menjadi harapan rakyat

“Tapi dengan presiden ada kes mahkamah (rasuah), mampukah UMNO mendapat sokongan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Berhubung pendirian sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesaan Ahmad Zahid supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam satu pertemuan di ibu pejabat parti kelmarin, Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar memberitahu, kesemua wakil rakyat terbabit perlu memberi penjelasan kepada akar umbi bagi mengelak salah faham dalam kalangan ahli.

Beliau menjelaskan, pendirian tersebut dibuat kerana mereka melihat kerajaan PN tidak akan jatuh sebalik­nya terus mentadbir dengan sokongan parti-parti lain sekiranya UMNO menarik diri daripada kerajaan sedia ada sekali gus merugikan UMNO sendiri.

“Kalau kita berhenti sokong kerajaan PN, kita akan terlepas jawatan, peruntukan malahan kerajaan negeri-negeri yang ditadbir BN,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN