Raih RM5,000 jual pasu cendawan batu - Utusan Malaysia

Raih RM5,000 jual pasu cendawan batu

NORIYASAH Mat Yaccob (kiri) bersama anaknya menunjukkan hiasan cendawan batu di Kampung Binjai, Kemaman, Terengganu. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bermula sekadar hobi, seorang surirumah dari Kampung Binjai di sini, mampu meraih pendapatan hampir RM5,000 menerusi jualan pasu hiasan cendawan batu sejak dua bulan lalu.

Noriyasah Mat Yaacob, 43, berkata, idea menghasilkan produk hiasan itu tercetus bagi mengisi masa terluangnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada awalnya saya buntu untuk memasarkan hiasan ini tetapi selepas diiklankan di Facebook dan aplikasi WhatsApp, tidak sangka lebih 100 pasu cendawan batu laris.

“Dalam sehari saya mampu menyiapkan sehingga 15 pasu dan setiap satunya berharga antara RM15 hingga RM50 bergantung kepada saiz,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurut Noriyasah, tempurung kelapa digunakan sebagai acuan untuk membuat cendawan manakala batangnya dihasilkan dengan paip plastik.

Katanya, kemudian tempurung disimen dan proses itu mengambil masa sehari bagi memastikan cendawan batu keras sebelum proses mengecat dimulakan

“Cendawan batu dicat dengan warna-warna terang dan ceria. Pelanggan juga boleh memilih warna kegemaran mereka,” katanya yang turut dibantu suami, Mat Yusof Abdullah, 50, dan anak, Norazira Huda, 18. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya