PPV pandu lalu USM cepat, selamat  - Utusan Malaysia

PPV pandu lalu USM cepat, selamat 

SALAH seorang warga emas bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Kurang 10 minit selesai menerima suntikan vaksin. 

Itu pengalaman  Siti Zahara Md Haniff, 59,  antara individu awal yang menerima vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula hari ini. 

Bekas kakitangan Jabatan Pendaftaran USM itu berkata, kaedah pemberian vaksin secara pandu lalu itu amat pantas dan memudahkan dia  yang juga golongan orang kurang upaya (OKU) kerana tidak perlu keluar dari kereta. 

“Tempoh untuk terima suntikan  tidak lama, untuk giliran saya kurang  10 minit. 

“PPV pandu lalu ini amat memudahkan golongan OKU, penerima vaksin tidak lagi perlu beratur dan hanya tunggu giliran  di dalam kereta,” katanya ketika ditemui di PPV pandu lalu USM, di sini hari ini. 

Menurut Siti Zahara,  sistem suntikan pandu lalu turut mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di PPV. 

“Sistem ini perlu diperluaskan kerana memudahkan warga emas, golongan OKU dan mereka yang berisiko untuk menerima vaksin Covid-19 dengan lebih selamat,” katanya. 

Seorang lagi, Nur Adini Abdul Razak, 35, berkata, sistem di PPV pandu lalu itu amat mudah dan tidak memerlukan masa lama untuk menunggu. 

“Sebelum ini saya terima vaksin di PPV statik, ketika itu cuaca panas dan perlu ambil masa kira-kira sejam untuk menyelesaikan proses vaksin. 

“Di PPV pandu lalu ini, prosesnya amat cepat dan saya selesa menunggu di dalam kereta,” katanya. 

Sementara itu, Choo Yin Chun, 66, berkata, dia amat lega selepas mengetahui PPV secara pandu lalu dibuka di USM. 

“Sebelum ini saya dapatkan dos pertama di PPV statik, jadi saya perlu tunggu di sana. 

“Dos kedua ini saya dapat giliran di PPV pandu lalu, ia amat mudah dan pantas, hanya tunggu di dalam kereta sahaja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya