PETALING JAYA: UMNO masih mengekalkan pendirian menarik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun Proklamasi Darurat tidak disambung selepas 1 Ogos ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, pendirian tersebut tidak berubah sehingga kini. Beliau berkata, UMNO juga masih belum membuat pendirian berhubung keputusan kerajaan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat kelak. Beliau menjelaskan, keputusan itu tidak melibatkan beliau seorang sebagai Presiden, namun perlu secara kolektif dengan perbincangan semua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Walaupun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya