Langgar SOP di Auto City Juru: MB Kedah bayar kompaun RM1,500 - Utusan Malaysia

Langgar SOP di Auto City Juru: MB Kedah bayar kompaun RM1,500

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor membayar kompaun sebanyak RM1,500, semalam setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Auto City Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bulan lalu.

Pegawai Khas Medianya, Helmi Khalid berkata, kompaun tersebut dibayar selepas menerima notis kompaun tersebut daripada pihak polis.

Menurutnya, kompaun itu dibayar oleh salah seorang pegawai Menteri Besar di Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar di sini.

Selain itu, Muhammad Sanusi turut menepati janji untuk membayar kompaun dikenakan terhadap wakil jualan kenderaan tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Ong’.

“Sama seperti Menteri Besar, wakil jualan kenderaan tersebut juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

“Menteri Besar telah melunaskan kedua-dua bayaran tersebut menerusi salah seorang pegawainya tengah hari semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang pengguna Facebook pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran dan beberapa keping gambar dalam laman sosial, Facebook yang mendakwa beberapa individu termasuk Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Autocity Juru, Bukit Mertajam.

Hantaran itu menjadi tular di media sosial hingga mengundang kecaman netizen yang melahirkan rasa tidak puas hati hingga mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan.

Muhammad Sanusi bagaimanapun mendakwa, beliau sama sekali tidak memandu uji kenderaan tersebut dan hanya melihat-lihat sambil duduk di kerusi penumpang sebelah depan sementara menanti pemandunya membeli makanan serta minuman di sebuah kedai serbaneka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya