Kit Siang mohon maaf isu ‘Kerajaan Allah’ - Utusan Malaysia

Kit Siang mohon maaf isu ‘Kerajaan Allah’

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya tarik balik dan memohon maaf atas kenyataan bahawa ‘kerajaan Allah’ sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada Covid-19”.

Demikian permohonan maaf Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempersoalkan mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Covid-19 ujian Tuhan dan hanya Kerajaan Allah boleh menyelesaikannya.

Perkara itu tular kelmarin setelah kenyataannya mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi disiarkan di media.

Sehari selepas itu, beliau membuat kenyataan memohon maaf mengenai perkara tersebut.

Menurut Kit Siang, beliau salah anggap bahawa ‘Allah’s government’ yang disebut oleh Abdul Hadi merujuk kepada Kerajaan Islam, termasuk Kerajaan Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka adalah ‘Kerajaan Melayu-Islam’.

Mengenai perkara itu, beliau membuat kenyataan mempersoalkan kenyataan tersebut kerana menyangka Abdul Hadi menyatakan hanya sebuah Kerajaan Islam dapat menangani Covid-19.

Jelasnya, beliau tidak berniat untuk mempersoalkan mana-mana agama atau kepercayaan, mahupun agama Islam, dan hanya menulis respons kepada apa yang dikatakan Abdul Hadi.

Tambahan pula katanya, Pas perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Malaysia menjadi salah satu negara dengan prestasi pengendalian Covid-19 yang terburuk di dunia.

Kit Sing turut merujuk laporan Bloomberg mengenai Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke-51 daripada 53 negara dalam carta ketahanan Covid-19 di dunia.

Senarai itu dikeluarkan oleh Bloomberg berdasarkan prestasi pengawalan Covid-19, kesediaan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan hidup bagi 53 negara ekonomi paling besar.

Lapor Bloomberg.com, Malaysia mencatat skor sebanyak 46.6 bagi tahap ketahanan Covid-19 di dunia sekali gus menjadikan negara itu berada di carta ketiga terbawah.

Berdasarkan ranking tersebut, Malaysia mencatatkan 10.8 peratus bagi kadar vaksinasi Covid-19 manakala memperoleh skor 65 bagi pelaksanaan perintah berkurung akibat pandemik tersebut.

Singapura pula berada di kedudukan ke-13 dalam carta tersebut dengan mendapat skor sebanyak 67 bagi tahap ketahanan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya