Kambing korban dijual secara online - Utusan Malaysia

Kambing korban dijual secara online

PELAKSANAAN PKP berikutan pandemik Covid-19 menyebabkan hasil jualan lembu atau kambing untuk ibadah korban merosot. Seorang penternak kambing, Husmizar Hussain,41, mengambil inisiatif berniaga kambing secara dalam talian di Jalan Kolam, Kampung Alor Merah, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jika sebelum ini, setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, Husmizar Hussain,41, dari Jalan Kolam, Kampung Alor Merah di sini mampu menjual lebih 150 ekor kambing untuk ibadah korban.

Namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh pandemik Covid-19, kambing peliharaan Husmizar hanya mampu terjual sekitar 30 ekor sahaja.

Tidak putus asa dengan situasi tersebut, Husmizar mengambil inisiatif baharu dengan cuba berniaga kambing tersebut secara dalam talian khususnya untuk para pelanggan yang tidak dapat pulang ke Perlis, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Dia yang menternak kambing sejak lebih 10 tahun lalu berkata, pihaknya akan menguruskan ibadah korban para pelanggan dari luar negeri ini dengan menghantar bahagian-bahagian daging tersebut.

Katanya, sebagai contoh, mereka akan membantu pelanggan dengan mengagihkan daging kambing tersebut kepada ahli keluarga, jiran masjid dan pelbagai tempat lain sekitar negeri ini.

Jelasnya, promosi kambing secara dalam talian itu dilaksanakan di laman Facebook, Instagram atau boleh menghubunginya.

“Jualan kambing pada Aidiladha kali ini sangat perlahan. Selalunya para pelanggan saya juga terdiri daripada anak Perlis di luar yang pulang berhari raya di kampung, namun, dalam tempoh PKP ini orang tidak dapat pulang.

“Bayangkan dengan tidak sampai dua minggu lagi menjelang Aidiladha, hanya 30 ekor sahaja terjual daripada keseluruhan hampir 200 ekor kambing peliharaan saya.

“Saya terpaksa mencari inisiatif lain seterusnya tercetus idea untuk berniaga secara ‘online’ ini. Malah, orang Perlis sendiri yang jauh dari Arau, boleh membuat tempahan secara dalam talian ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Husmizar, iniasitif secara dalam talian itu pertama kali dilakukan olehnya berbanding sebelum ini dengan para pelanggan akan terus datang ke kandang kambingnya.

“Dalam tempoh pandemik ini, kita perlu mencari pelbagai inisiatif baharu, jika tidak banyak kambing tidak terjual sekali gus menyebabkan kami menanggung kerugian,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menempah kambing Husmizar dengan harga bermula serendah RM700 itu boleh melayari laman Facebooknya, Husmizar Hussain atau Instagram, susukambingsegar.perlis atau terus menghubunginya di talian 013-4560789. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya