Krim pegaga bantu lawan tanda penuaan

Krim pegaga bantu lawan tanda penuaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penuaan merupakan antara kebimbangan utama dalam kalangan wanita, terutama apabila bintik hitam, garis halus, kedutan dan kulit yang semakin kurang anjal mula kelihatan.

Kini, isu itu boleh diatasi dengan krim pegaga keluaran jenama kecantikan dari Korea, Centellian24.

Krim Madeca Time Reverse ini diformulasikan dengan menggunakan bahan utamanya iaitu ekstrak pegaga ternitrat (TECA).

Presiden Dongkook Pharmaceutical, Lee Geun Young berkata, TECA yang diekstrak daripada pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica membantu memperbaiki tekstur kulit dan memberikan kesan anti-penuaan.

Malah, bahan aktif ini turut berfungsi mempercepatkan penyembuhan kulit, mengurangkan iritasi dan keradangan.

Katanya, setiap 100 kilogram pegaga, hanya sekitar 2 peratus sahaja boleh diekstrak menjadi TECA.

Ini menjadikannya bahan yang sangat pekat, tulen dan berkesan berbanding ekstrak biasa.

“Krim Madeca Time Reverse boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur kerana fokus utamanya adalah penyembuhan kulit, walaupun ia sering disasarkan kepada pengguna berumur antara 20 hingga 45 tahun.

“Berdasarkan pengalaman pengguna dalaman syarikat, kesan pada kulit boleh dilihat dalam tempoh penggunaan berterusan, bergantung kepada keadaan kulit individu.

“Pendekatan formulasi produk ini juga memberi penekanan kepada kesihatan kulit jangka panjang, sekali gus mendorong kadar pembelian berulang dalam kalangan pengguna,” katanya baru-baru ini.

Syarikat ini ditubuhkan sejak 1968 ini berpengalaman luas dalam penghasilan produk farmaseutikal.

Antara produk terkenal mereka ialah Madecassol, yang menjadi asas kepada pembangunan rangkaian penjagaan kulit moden hari ini.

Centellian24 pula diperkenalkan pada 2015 selepas melalui tempoh penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun dan dalam tempoh lebih sedekad, produk ini laris di Korea Selatan sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) dan kini Malaysia.

Geun Young berkata, Malaysia dipilih sebagai salah satu pasaran baharu kerana faktor cuaca tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun, lantas menyebabkan masalah kulit seperti kekeringan, keradangan serta kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN