Pilihan gaya kasut buat ibu

Pilihan gaya kasut buat ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rutin seorang ibu tidak pernah berhenti, dengan pelbagai tugasan yang perlu dilakukan setiap hari.

Wira dalam keluarga ini tidak mengenal erti rehat mahupun penat lelah, apatah lagi mengeluh.

Dalam kesibukan itu, penjagaan diri juga sering terabai, termasuk pakaian yang semakin lusuh dan kasut yang tidak berganti.

Hal itu kerana perhatian lebih banyak diberikan kepada anak, suami dan keluarga tersayang.

Sempena sambutan Hari Ibu hujung minggu ini, apa kata hadiahkan ibu atau isteri anda sepasang kasut FitFlop sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Koleksi terbaharu ini berharga antara RM339 hingga RM799 ini memastikan setiap langkah bukan sahaja selesa, malah tampil bergaya.

Menariknya, ia turut dilengkapi teknologi biomekanikal ikonik termasuk iqushion, dynamicush dan tapak tengah microwobbleboard terkenal, digabungkan dengan siluet kontemporari bagi memenuhi keperluan ibu moden.

1. Hari serba sibuk
-Sandal fisherman Gracie merupakan pilihan tepat untuk melengkapi hari yang penuh tugasan. Dengan rekaan hadapan tertutup namun masih bernafas, ia sesuai dipakai dari urusan harian sehinggalah ke sesi kopi santai. Sentuhan moden yang diolah pada siluet klasik ini menjadikannya lebih segar dan bergaya.

2. Bila cuaca, rancangan berubah
-Sandal solay waterproof woven menawarkan gabungan fungsi dan gaya. Tekstur anyaman dan rekaan lembut menjadikannya sesuai dipakai dalam pelbagai keadaan cuaca. Pilihan ideal untuk ibu yang sentiasa bergerak aktif tanpa mengira situasi dan masa.

3. Kilauan glamor
-Sandal Lulu ultra-jewel toe-post dan back-strap menyerlah dengan perincian kristal yang elegan. Ia mudah digayakan dari siang ke malam sambil memberikan sentuhan glamor tanpa usaha berlebihan.

4. Ubah detik biasa menjadi istimewa
-Selipar yang dihiasi kristal dan mutiara ini menaikkan seri walaupun dalam rutin harian. Daripada mesyuarat ringkas sehinggalah berjalan santai hujung minggu, setiap langkah tampak lebih bergaya dan bermakna.

5. Tampil elegan
-Delicato bow memberi nafas baharu kepada rekaan kasut balet klasik dengan perincian reben yang kemas dan kemasan berkilat. Ia fleksibel untuk dipakai sepanjang hari, namun tetap tampak sofistikated dan bergaya.

6. Untuk semua momen lain
-Bagi ibu yang kurang menggemari sandal, loafer kulit iq-comff tassel menawarkan sentuhan kemas untuk gaya kasual harian manakala sneakers dash direka untuk mengikuti rentak kehidupan yang pantas. Daripada membeli barangan dapur hingga ke pengembaraan spontan, gaya dan keselesaan sentiasa berjalan seiring.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN