Sports Direct dengan kerjasama Adidas melancarkan siri larian bandar, Chase The Pace 2026 bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan memperkukuhkan komuniti pelari tempatan.
Program yang terbuka kepada pelari pelbagai peringkat itu bukan sahaja menghimpunkan peserta dalam suasana santai dan inklusif malah turut memberi peluang untuk meningkatkan prestasi melalui sokongan produk sukan.
Pengurus Besar APMEA Frasers Group, David Forsey berkata, inisiatif berkenaan bertujuan mendekatkan masyarakat dengan aktiviti larian secara lebih santai dan bermakna.
Katanya, siri tersebut yang bermula di Sunway Pyramid melibatkan penyertaan komuniti lari seperti Brand New Waves Running Club dan Backyard Running Association.
“Lebih istimewa, setiap peserta berpeluang mencuba Adidas Adizero Evo SL sebelum menyertai sesi pemulihan dan bengkel kecergasan selepas larian,” katanya baru-baru ini.
Sementara itu, Pengurus Kanan Jenama Adidas Malaysia, Sarah Tam percaya larian bukan sekadar aktiviti fizikal, malah medium untuk menyatukan komuniti.
“Melalui pengalaman ini, kami dapat memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan pelari sekali gus memberi inspirasi untuk terus aktif,” ujarnya.
Selepas larian, peserta menyertai bengkel pemulihan bertajuk Mobility Where It Matters yang memberi fokus kepada aspek mobiliti, pencegahan kecederaan serta penjagaan prestasi jangka panjang.
Program itu dijangka diteruskan ke beberapa lokasi lain dalam usaha memperluaskan lagi penglibatan komuniti dalam aktiviti larian di seluruh negara.










