Hari kedua kes positif lebih 15,000, kes aktif cecah 153,633 - Utusan Malaysia

Hari kedua kes positif lebih 15,000, kes aktif cecah 153,633

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan 184 kematian akibat Covid-19 dengan Selangor menjadi penyumbang terbanyak iaitu 87 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Selangor, Kedah merekodkan 17 kes, 16 kes di Pahang, 15 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan kes di Sabah, tujuh kes di Melaka, enam kes di Pulau Pinang, tiga kes di Terengganu dan dua kes di Sarawak. 

“Kematian melibatkan 102 lelaki dan 82 wanita dengan 27 warga asing, 32 pesakit meninggal dunia di rumah dan 148 pesakit mempunyai latar belakang penyakit. 

“Selain kes kematian, sebanyak 950 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 468 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, Malaysia terus merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 15,902 kes yang merekodkan tertinggi setakat ini sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 9,471 kes. 

 “Selangor menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan  7,351 kes diikuti Kuala Lumpur (2,406), Kedah (867), Johor (804) dan Sabah (712),” katanya. 

Mengulas mengenai 27 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja menjadi penyumbang terbanyak iaitu 15 kluster diikuti tujuh kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan manakala pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan import, masing-masing satu kluster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya