Jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan trend menurun - Utusan Malaysia

Jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan trend menurun

Angka jangkitan Covid-19 di Malaysian terus menunjukkan trend menurun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,348 kes semalam berbanding kelmarin, 1,503 kes sekali gus terus diatasi 6,074 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 680 kes diikuti Kuala Lumpur (166), Pulau Pinang (103), Melaka (92), Perak (73), Johor (74) dan

Diikuti Negeri Sembilan (42), Sarawak (35), Kedah (17), Kelantan (15), Terengganu (14), Sabah (14), Putrajaya (14), Pahang (11) manakala Perlis dan Labuan masing-masing satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 313 orang berbanding kelmarin, seramai 352 orang manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU)  merekodkan penurunan kepada 66 kes berbanding jumlah kelmarin, 69 kes.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 44 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster direkodkan sekali gus menjadikan 84 kluster yag masih aktif.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, lima kes kematian dilaporkan menjadikan  jumlah kematian terkumpul terkini sebanyak 35,555 kes.

Selain itu, satu kes kematian  dibawa ke hospital (BID) direkodkan menyebabkan   mangsa maut akibat jangkitan  meningkat kepada 7,523 kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya