8,868 kes positif Covid-19, Selangor 4,152 - Utusan Malaysia

8,868 kes positif Covid-19, Selangor 4,152

Strategi baharu perlu dirangka selepas proses ujian saringan didapati ditangani dengan berbeza oleh pelbagai pihak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan kes positif harian Covid-19 sebanyak 8,868 kes dengan Selangor, merekodkan 4,152 kes.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Bersepadu (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 kini hampir penuh.

Menurut beliau,  daripada keseluruhan katil berjumlah 5,198, 154  katil yang dikhususkan untuk pesakit Covid-19 kategori empat melepasi kapasiti penggunaan maksimum ditetapkan.

“Baki katil bagi pesakit Covid-19 kategori satu, dua dan tiga juga hampir digunakan sepenuhnya. Berdasarkan data terkini, PKRC terbabit menerima secara purata 800 pesakit Covid-19 sehari dengan 200 pesakit adalah mereka yang berada dalam kategori empat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berikut senarai kes harian Covid-19:
Selangor – 4,152 (272,993)
WPKL – 1,133 (85,042)
Johor – 336 (73,722)
Sabah – 279 (71,468)
Sarawak – 281 (67,841)
Negeri Sembilan – 897 (50,314)
Pulau Pinang – 237 (36,054)
Kelantan – 135 (35,751)
Perak – 543 (28,517)
Kedah – 360 (27,421)
Melaka – 183 (20,540)
Pahang – 152 (15,387)
Terengganu – 68 (11,589)
WP Labuan – 64 (8,922)
WP Putrajaya – 47 (2,495)
Perlis – 1 (602)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya