GPPPKMM nafi tuduhan  Annuar tidak turun padang - Utusan Malaysia

GPPPKMM nafi tuduhan  Annuar tidak turun padang

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuduhan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak turun padang dan mengabaikan penjaja serta peniaga kecil terutama penjaja pasar pagi adalah tidak benar.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Mohamed Zamri Mohammed berkata, pihak menteri itu sejak awal mengambil langkah mewujudkan Wilayah Bebas Berniaga (WBB).

“Sehingga kini, hampir 5,000 penjaja dilesenkan dan lebih 2,000 lagi dalam proses kelulusan. Langkah membenarkan penjaja berniaga di WBB dengan jarak yang berpatutan dan di merata-rata tempat dapat mengurangkan pengumpulan orang ramai di satu tempat pada satu masa yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kementerian berkenaan juga sedang berusaha keras menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak d ibawah Program Mobile Medik di seluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wilayah dan yang terbaru  Rumah Prihatin di Grand Season Hotel.

“Ini berikutan agar negara memperoleh pencapaian 80 peratus imunisasi berkelompok  menjelang Hari Kemerdekaan nanti.

“Sejak Tan Sri Annuar menerajui kementerian itu, beliau banyak membawa perubahan serta kemajuan dan kemakmuran di Wilayah Persekutuan walaupun cuba dinafikan oleh pihak pembangkang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN