Gesa mudahkan pekerja di Singapura pulang jumpa keluarga - Utusan Malaysia

Gesa mudahkan pekerja di Singapura pulang jumpa keluarga

TAN HONG PIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu menyokong usaha rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dalam mencari kaedah terbaik bagi membolehkan mereka bertemu kembali keluarga di negara ini, khususnya yang sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Tan Hong Pin berkata, langkah itu relevan memandangkan kedua-dua negara telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha vaksinasi penduduk masing-masing.

Menurut beliau, usaha itu perlu bagi membolehkan ahli keluarga yang terpisah sekian lama bertemu kembali.

“Sudah 491 hari sejak sempadan Malaysia-Singapura ditutup bermula 18 Mac 2020, sekali gus menyaksikan ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpisah daripada keluarga mereka, termasuk golongan ibu bapa dan anak-anak.

“Golongan ini telah banyak berkorban demi memastikan mereka terus dapat mengekalkan pekerjaan bagi menyara keluarga, namun untuk pulang mereka perlu menjalani kuarantin yang bernilai sekitar RM10,000 seorang.

“Ekoran itu, golongan ini telah mengadakan petisyen atas talian memohon kerajaan membolehkan mereka pulang tanpa proses kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hong Pin berkata, pihak berkuasa perlu sekurang-kurangnya memberi respons kepada usaha kumpulan tersebut.

“Setakat ini, dianggarkan seramai 2.79 juta penduduk Singapura sudah divaksin iaitu kira-kira 50 peratus populasi mereka, manakala di Malaysia 4.93 juta atau 15 peratus penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN