Ivory bangkit mara pusingan kalah mati

Ivory bangkit mara pusingan kalah mati

Pemain tengah Ivory Coast, Christ Inao Oulai (kiri) mengasak pemain Gabon, Guelor Kanga dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika di Marrakech, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARRAKECH: Juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Ivory Coast bangkit dengan dramatik daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Gabon 3-2 sekali gus mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan F, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Ivory mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan, berkongsi mata dengan Cameroon namun unggul perbezaan jaringan untuk menduduki tempat teratas kumpulan.

Gabon yang sudah tersingkir awal kejohanan, memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mendahului 2-0 hasil jaringan Guelor Kanga dan Denis Bouanga dalam tempoh 21 minit pertama.

Ivory Coast yang bergelut pada separuh masa pertama berjaya merapatkan jurang sebelum rehat menerusi jaringan Jean-Philippe Krasso hasil hantaran lintang Wilfried Zaha.

Tekanan berterusan skuad kendalian Emerse Fae akhirnya membuahkan hasil apabila Evann Guessand menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-84 selepas dibiarkan tanpa kawalan.

Pemain remaja berusia 19 tahun, Bazoumana Toure muncul wira Ivory Coast apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan menerusi tandukan jarak dekat.

Keputusan itu memastikan Ivory Coast akan bertemu Burkina Faso dalam perlawanan pusingan 16 terbaik di Marrakech, Rabu depan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN