PONTIAN: Pakatan Harapan (PH) tidak akan dapat berkuasa semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya UMNO dan Pas mencapai persefahaman untuk tidak bertembung di kawasan pengundi Melayu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, meskipun Pas memilih untuk berada dalam Perikatan Nasional (PN), tetapi parti itu lebih awal bersama UMNO dalam Muafakat Nasional. Menurut beliau, kesepakatan melalui Muafakat Nasional antara UMNO dalam Barisan Nasional…










