Cecair vape luput tarikh bernilai RM2.7 juta disita - Utusan Malaysia

Cecair vape luput tarikh bernilai RM2.7 juta disita

ZAZULI (tengah) menunjukkan sebahagian kotak yang berisi cecair vape yang tamat tarikh luput dirampas JKDM di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor. - Gambar ihsan JKDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cecair rokok elektrik (vape) sebanyak 1276.24 liter bernilai RM2,734,800 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika cuba diseludup di Pelabuhan Barat di sini.

Semasa rampasan  pada 24 Jun, cecair itu disimpan  dalam dua buah kontena dengan cukai RM273,480.

 Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuzli Johan berkata, pemeriksaan mendapati cecair vape itu sudah tamat tempoh dan berbahaya untuk digunakan tetapi mengesyaki kesemuanya akan dibungkus semula untuk dijual di negara ini.

“Kesemua cecair vape itu juga  mengandungi nikotin. Dagangan ini diimport dari luar negara tanpa lesen import dan tanpa membayar cukai dan duti.

“Modus operandi dengan mengikrar dagangan sebagai atomizer devices di dalam borang daftar masuk,” katanya dalam  kenyataan semalam.

Beliau menambah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang  sepuluh kali nilai barang atau RM100,000.00 yang mana lebih besar.

Dalam pada itu, Zazuli menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya