PETALING JAYA: Lebih 80 peratus perniagaan butik perkahwinan kini tinggal nyawa-nyawa ikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu. Majoriti pengusaha tidak nampak jalan keluar untuk meneruskan perniagaan, malah terpaksa memilih untuk menggulung perniagaan dan menceburi bidang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Zarinah Mohideen berkata, rata-rata ahlinya yang berjumlah lebih 1,000 orang cuma dapat bertahan sehingga September ini atau selewat-lewat Oktober. Beliau turut menganggarkan pengusaha yang akan gulung tikar meningkat kepada 70 peratus berbanding 50 peratus ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya