10,000kg makanan tambahan haiwan dirampas - Utusan Malaysia

10,000kg makanan tambahan haiwan dirampas

SEBAHAGIAN daripada makanan tambahan haiwan yang dirampas oleh Maqis di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sebanyak 10,000 kilogram (kg) makanan tambahan haiwan dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) ketika cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa memiliki permit menerusi Bukit Kayu Hitam di sini Khamis lalu.

Maqis dalam kenyataan berkata, rampasan dilakukan ketika sepasukan pegawai dan anggotanya melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah lori pada pukul 5.15 petang.

“Pemeriksaan terhadap lori tersebut menemukan 400 kotak makanan tambahan haiwan seberat 10,000 kg yang bernilai kira-kira RM377,487.

“Barangan itu ditahan ketika cuba dibawa dari Thailand ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam pada 15 Julai lalu,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, perbuatan mengimport tanpa permit  kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan, pengimport boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3), akta sama. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN