Tiga penceroboh hutan dicekup - Utusan Malaysia

Tiga penceroboh hutan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga sekawan termasuk seorang leka menebang pokok  ditahan Pejabat Renjer Hutan Beruas selepas menceroboh Hutan Simpan Bubu, di Manong pada  Jumaat lalu.

Jabatan Perhutanan Perak dalam kenyataan berkata, kesemua yang  berusia 22 hingga 55 tahun ditahan di bawah Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

Menurut beliau, semasa ditahan pada pukul 5.30 petang, semua lelaki berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja penerokaan hutan di Kompartmen 62, Hutan Simpan Bubu.

“Salah seorang  leka menebang pokok tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu, pihak berkuasa merampas sebuah jentera berat jenis ‘backhoe’  model JCB, sebuah motosikal model Modenas, satu unit gergaji rantai dan sebilah parang. 

“Ketiga-tiga suspek ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bagi siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil,” katanya.

 Menurut kenyataan itu, kesemua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 81(1)(b) dan 81(1)(e) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 sekiranya disabit kesalahan masing-masing boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya