Polis tahan lelaki ugut kenalan Ain Husniza di Twitter  - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki ugut kenalan Ain Husniza di Twitter 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengeluarkan ugutan terhadap seorang wanita yang memberi sokongan kepada pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendedahkan perbuatan seorang guru membuat gurauan rogol.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu namun tidak mendedahkan maklumat lanjut. 

Menurutnya, wanita itu membuat laporan polis di Putrajaya pada 10 Mei lalu mendakwa dia menerima ugutan menerusi Twitter oleh seorang lelaki dari Kulim, Kedah apabila pengadu memberi maklum balas berkaitan isu. 

“Jadi pengadu terasa diugut oleh suspek (lelaki tersebut) melalui komen yang ‘ditweet’,” katanya di sini hari ini. 

AIN HUSNIZA SAIFUL NIZAM

Sementara itu, A. Asmadi berkata, Ain Husniza dipanggil hanya untuk mengambil keterangan berkaitan isu kes yang disiasat di Ibu pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh. 

“Keterangan Ain Husniza perlu untuk melengkapkan siasatan dalam kes pengadu (wanita) ini. 

 “Kes remaja tersebut sebenarnya disiasat IPD Sungai Buloh manakala kes siasatan ini melibatkan wanita tersebut dan suspek berlainan,” jelasnya.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN