Sharifah Husna, bekas suami kekal profesional - Utusan Malaysia

Sharifah Husna, bekas suami kekal profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sharifah Husna, 33, enggan mengulas punca perceraian dengan suami, Halim Radzi, 30.

Kata Sharifah perkara itu terlalu peribadi untuk diceritakan dan biarlah menjadi rahsia antara mereka.

“Punca perceraian biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.

“Cukuplah orang tahu yang kami tidak lagi bergelar suami isteri,” katanya.

Pelakon berasal dari Subang Jaya, Selangor itu bagaimanapun terus membiarkan peminat berteka teki mengenai punca perceraiannya.

“Saya serahkan kepada masyarakat untuk membuat telahan” katanya ringkas.

Katanya, dia reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.

“Bagi saya jodoh kami setakat itu sahaja. Tapi kami tidak ada masalah untuk bekerjasama,” ujarnya.

Untuk rekod sharifah dan Halim bercerai talak satu selepas empat tahun berkahwin.

Katanya perceraian itu berlaku secara baik dan diputuskan selepas kedua pihak tidak lagi mempunyai persefahaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN