fbpx

6 Disember 2021, 1:57 pm

Warga emas berhutang ah long mati minum racun

ANUWAL AB WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Tertekan berhutang dengan ah long, seorang warga emas meminum racun dalam kejadian di sebuah tanah rancangan di Gemas, dekat sini, Khamis lalu.

Lelaki berusia lewat 60-an itu meninggal dunia pada pukul 2.41 petang tadi ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, rawatan mendapati pesakit  meminum racun paraquat sebanyak 50 mililiter.

“Polis menjalankan siasatan dan didapati mangsa minum racun kerana mengalami tekanan emosi akibat berhutang dengan ah long sebanyak RM3,000,” kata beliau semasa dihubungi semalam.

Menurut beliau, semasa siasatan, mangsa yang dirawat berada dalam keadaan stabil.

“Polis pada ketika itu tidak buka kertas siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana mangsa sedang berhadapan dengan beban psikologi atau tekanan yang dihadapinya,” katanya.

Anuwal berkata, berdasarkan keterangan, mangsa tidak pernah diugut oleh ah long  namun tertekan dengan beban hutang yang banyak.

Menurutnya, mangsa juga sebelum ini sering dinasihatkan anaknya untuk tidak terjebak dengan meminjam ah long tetapi mangsa berdegil.

Bagaimanapun, katanya, malangnya mangsa meninggal dunia  petang tadi akibat  kegagalan organ berpunca minum racun. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI