‘Transporter’ kempunan nikmati upah bawa PATI  - Utusan Malaysia

‘Transporter’ kempunan nikmati upah bawa PATI 

TIGA individu melibatkan seorang lelaki tempatan an dua PATI yang berjaya ditahan Batalion 5, PGA Simpang Renggam di Jalan Kampung Sinar Harapan, Pekan Nanas, di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘transporter’ tidak sempat menikmati bayaran upah membawa dua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) apabila kegiatannya  dihidu pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang  Renggam, Superintenden Dimin Awang berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 9 pagi menaiki kereta Proton Wira di Jalan Kampung Sinaran  Harapan, Pekan Nanas di sini.

Menurut beliau, turut berada di dalam kereta tersebut dua lelaki Indonesia berusia 30 dan 47 tahun yang cuba diseludup.

“Kedua-dua warga asing tersebut mengakui telah memasuki negara ini melalui  jalan yang tidak diwartakan dan kita merampas kereta terbabit dan mata wang Rupiah sebanyak 3 juta dalam serbuan itu.

“Kesemua barangan rampasan dan tangkapan suspek telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bagi tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Dimin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan Sekyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat kepada  polis bagi mengekang kemasukan PATI serta lambakan barangan kontraban. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN