Terapi oral relaps sklerosis berbilang - Utusan Malaysia

Terapi oral relaps sklerosis berbilang

Bukan sedikit video mengenai pemandu yang melakukan benda lain sewaktu atas kenderaan. - GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sklerosis berbilang ialah sejenis gangguan sistem imun dan penyakit kronik sistem saraf pusat yang merosakkan kemampuan otak untuk melakukan fungsi asas.

Di anggarkan 2.8 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini. Di Malaysia, penyakit ini berlaku pada dua hingga tiga orang untuk setiap 100,000 penduduk.

Walaupun penyakit ini jarang berlaku, jelas terdapat keperluan untuk penambahbaikan diagnosis, rawatan dan pengurusan untuk pesakit dewasa yang mengalami relaps sklerosis berbilang memandangkan penyakit ini memberi impak terhadap kualiti hidup pesakit dalam menjalani kehidupan mereka.

Pakar Perunding Neurologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Shanthi Viswanathan berkata sklerosis penyebab utama kecacatan bukan trauma ke atas orang wanita dewasa muda lantaran ia selalunya didiagnosis pada individu berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Penyakit yang melemahkan ini, lima kali lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding golongan lelaki. Ia biasanya berlaku sewaktu usia muda ketika wanita masih belajar, mula bertapak dalam dunia pekerjaan ataupun baru sahaja mempunyai keluarga sendiri,” katanya pada pelancaran simposium secara maya Mavenclad di Malaysia. Turut serta Pengarah Unit Perniagaan, Erick Arjunan, Pengarah Urusan, Christoph Hamann dan Pengurus Produk, Neoh Kean Boon.

Terapi oral jangka pendek untuk rawatan pesakit dewasa dengan relaps sklerosis berbilang. Data klinikal menunjukkan MAVENCLAD® (cladribine) keluaran Merck Sdn Bhd, mempunyai keberkesanan selama empat tahun dengan maksimum 20 hari rawatan oral selama dua tahun.

Walaupun sklerosis berbilang tidak dapat disembuhkan, namun rawatannya bertujuan mempercepatkan pemulihan pesakit dan mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk.

Dr Shanthi berkata, penyakit itu sukar diramalkan, malah amat jarang sekali dua pesakit mempunyai gejala yang serupa.
“Pesakit dengan sklerosis berbilang yang teruk boleh merosot dengan cepat. Kehilangan upaya yang tidak dapat dipulihkan boleh menyebabkan pesakit kehilangan upaya secara menyeluruh,” katanya.

TIDAK SEDAR
Daripada empat jenis kewujudan sklerosis berbilang, jenis paling biasa adalah Sklerosis Berbilang Relaps-Remisi atau Relapsing-Remitting Multiple Scleroris (RRMS).
Malah 85 peratus pesakit adalah terdiri daripada jenis ini.

Dr Shanthi menjelaskan, individu menderita RMS akan mengalami ‘episod’ gejala neurologi relaps yang semakin teruk, diikuti pemulihan sementara.

Setiap episod boleh berlarutan selama beberapa jam atau hari, dan proses pemulihan akan memakan masa beberapa minggu atau bulan, bergantung pada gejala dialami.

“Ada pesakit tidak menyedari bahawa mereka mempunyai gejala sklerosis berbilang malah ada yang keliru terhadap gejala penyakit ini dengan penyakit biasa lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai mendapatkan pandangan dari pengamal penjagaan kesihatan seperti doktor dan pakar neurologi apabila mempunyai gejala yang menyerupai berlakunya sklerosis berbilang.

“Ini adalah supaya pesakit mendapat diagnosis yang jelas dan tidak terkeliru dengan gangguan neuro-imunologi lain yang, tetapi mungkin mirip sklerosis berbilang. Dapatkan diagnosis yang tepat dan pilihlah rawatan awal agar penyakit ini dan gejalanya dapat dikawal,” katanya.

GEJALA SKLEROSIS BERBILANG:
*kelesuan

*kebas dan kesemutan

*kekejangan otot

*kekakuan dan kelemahan

*masalah pergerakan

*gangguan penglihatan

*kesukaran bertutur

*vertigo

*sakit terutama di belakang badan

*masalah pundi kencing atau pergerakan usus

*kesukaran menelan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN