Agensi hartanah terima pengiktirafan, catat nilai jualan hampir RM20 bilion

Agensi hartanah terima pengiktirafan, catat nilai jualan hampir RM20 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi hartanah The Roof Realty menerima dua pengiktirafan The Asia Records selepas mencatatkan jualan bernilai RM19.78 billion tahun lalu.

Pengasas dan Pengarah Urusan The Roof Realty, Datuk Dr. Nicholas Yap berkata, pengiktirafan The Asia Records diberikan menerusi dua kategori utama iaitu Ejen Berpendapatan Sejuta Berprestasi Tertinggi 2025′ dan Jumlah serta Nilai Transaksi Kasar Jualan Tertinggi 2025 .

Katanya, pencapaian merekodkan lebih 53,000 transaksi hartanah dalam tempoh setahun menjadi bukti terhadap kekuatan organisasi dan visi yang dikongsi bersama.

“Kejayaan merekodkan lebih 53,000 transaksi, mencapai nilai jualan hampir RM20 bilion dan melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit pada tahun 2025 menjadi penanda aras yang membuktikan kekuatan tenaga kerja serta kejelasan visi bersama kami.

“Pengiktirafan ini akan terus menyuntik inspirasi kepada kami untuk menetapkan standard baharu dalam industri selain memberi pulangan nilai yang lebih bermakna kepada pelanggan, rakan kongsi dan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nicholas menambah, pelaburan berterusan dalam program latihan komprehensif serta transformasi digital berjaya membentuk reputasi kukuh syarikat dalam melahirkan pakar hartanah yang berprestasi tinggi dan mampu menjana pulangan memberangsangkan.

Beliau berkata, prestasi perniagaan syarikat pada tahun 2025 turut mencatatkan lonjakan ketara apabila merekodkan sebanyak 53,626 transaksi hartanah.

“Jumlah tersebut sekali gus menjana Nilai Jualan Kasar mencecah hampir RM19.8 bilion.

“Pada tahun yang sama, agensi ini turut melahirkan 13 ejen hartanah berpendapatan sejuta ringgit, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem latihan syarikat dalam membangunkan tenaga kerja berprestasi tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Adjudikator The Asia Record, Datuk KK Chua menyifatkan The Roof Realty sebagai antara contoh terbaik dalam pengurusan industri hartanah di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN