Titah baginda, solat Aidilfitri di tanah lapang yang bermula pada pukul 8 pagi itu bukan sahaja selaras dengan sunnah malah boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 jika dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.
Bagaimanapun Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti hujan lebat, solat berkenaan akan dilaksanakan di dalam masjid dengan kapasiti keluasan maksimum mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bermula pukul 8.30 pagi.
Sehubungan itu baginda dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan untuk berangkat menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama rakyat di dataran istiadat, pekarangan Istana Arau di sini. – UTUSAS










