ScaleUp Endeavor mahu bantu usahawan berpotensi tinggi - Utusan Malaysia

ScaleUp Endeavor mahu bantu usahawan berpotensi tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Endeavor adalah gerakan keusahawanan berimpak tinggi global yang bekerjasama dengan perniagaan peringkat pertumbuhan membabitkan 40 pasaran di seluruh dunia.

Sebagai tambahan untuk membantu syarikat pertumbuhan tinggi yang lebih besar, Endeavor mengumumkan pelancaran ScaleUp Endeavor kedua iaitu sebuah program berstruktur bertujuan meningkatkan pertumbuhan usahawan berpotensi tinggi Malaysia.

Program ScaleUp Endeavour adalah program selama 6 + 18 bulan yang dirancang untuk membimbing usahawan melalui pelbagai kerumitan skala perniagaan.

Untuk program ini, 20 usahawan terpilih diberi mentor tetap untuk membantu mereka sepanjang tempoh program dan beberapa siri bengkel yang diolah mengikut keperluan atau cabaran perniagaan masing-masing.

Malah, ScaleUp Endeavor memperkenalkan kohort baru iaitu Road-to-Market program.

Ia latihan berterusan kepada usahawan terpilih untuk mempamerkan produk dan khidmat mereka kepada syarikat bersekutu dalam rangkaian Endeavor Malaysia untuk menguji, mengadopsi dan berpotensi menjadi pelanggan pembayaran jangka panjang.

Program ScaleUp Endeavor disokong oleh Steering Committee yang terdiri daripada individu berkaliber seperti Lim Chern Yuan (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Yinson ), Mac Chung Lynn ( Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Nando), Shahril Tarmizi ( Penasihat ASEAN Advisory) dan Leow Wee John (Ketua Pegawai Eksekutif Photobook Wordwide).

ScaleUp Endeavor mencari usahawan bercita-cita tinggi dan mahu meningkatkan perniagaan mereka dengan segera.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang ScaleUp Endeavor ataupun [email protected].

Tarikh tutup penyertaan adalah 18 Jun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya