Pengunjung Kompleks PKNS tak patuh SOP - Utusan Malaysia

Pengunjung Kompleks PKNS tak patuh SOP

Keadaan dalam Kompleks PKNS yang sesak dengan pengunjung termasuk bayi dan kanak-kanak di Shah Alam Selangor pada 2 Mei 2021. - ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Ketika Selangor mencatat kes Covid-19 sehingga 1,265 jangkitan baharu, angka tersebut  tidak menakutkan orang ramai yang terus berpusu-pusu di kompleks beli-belah di negeri ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kompleks PKNS di sini petang tadi mendapati, orang ramai  teruja membeli-belah di Bazar Aidilfitri di kompleks itu.

Malah, segelintir pengunjung bazar tersebut  tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara SOP tersebut ialah tiada penjarakan fizikal satu meter dengan kebanyakan berhimpit-himpit semasa membuat pembelian untuk Aidilfitri.

Bukan itu sahaja, ibu bapa turut membawa anak-anak membeli kelengkapan.

Bahkan, kanak-kanak dan bayi yang dibawa tidak memakai pelitup muka dan dibiar berhimpit-himpit dengan orang ramai.

Selain itu, pengurusan Kompleks PKNS tidak menyediakan laluan satu hala dan sekali gus menyebabkan kesesakan dan orang ramai berhimpit.

Hari ini, Selangor mencatatkan 1,200 kes jangkitan Covid-19 berbanding semalam 759 kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya