Malaysia terus guna vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

Malaysia terus guna vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus menggunakan vaksin AstraZeneca dalam program sukarela yang diadakan sejak 5 Mei lalu susulan tiada isu dan kesan sampingan yang bahaya ke atas penerima.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mendapat maklumat terbabit melalui mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

“Pihak CITF sedang mengkaji dan mengumpulkan maklumat mengenai kes yang berlaku di Indonesia melibatkan seorang lelaki yang meninggal dunia selepas menerima suntikan terbabit.

“Buat masa ini, tiada kesan sampingan malah tiada sebarang rekod menunjukkan penerima vaksin terbabit mengalami kesan yang serius,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Indonesia menggantung sementara penggunaan vaksin AstraZeneca selepas seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia sehari selepas menerima vaksin berkenaan di Jakarta.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) semalam merekodkan sebanyak 10,668 individu menerima suntikan vaksinasi di ketiga-tiga buah PPVAZ iaitu di WTCKL, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, WTCKL adalah PPVAZ terbesar di Malaysia setakat ini dengan kapasiti vaksinasi sebanyak 8,100 dos setiap hari malaha pada hari pertama sahaja, WTCKL mencatatkan rekod sebanyak 8360 dos vaksinasi dan 8595 dos pada hari keduanya semalam.

“Bagi PPVAZ di Universiti Malaya, sebanyak 1,090 dos manakala Universiti Kebangsaan Malaysia, 983 dos,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya