LLM pastikan pengguna terima manfaat, perkhidmatan terbaik - Utusan Malaysia

LLM pastikan pengguna terima manfaat, perkhidmatan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memastikan semua syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik bagi memelihara kepentingan pengguna susulan langkah kerajaan menagguhkan kenaikan kadar tol.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata, pengguna juga akan menikmati faedah secara langsung iaitu kadar tol lebih rendah berbanding dalam Perjanjian Konsesi susulan langkah tersebut.

Katanya, ia selaras dasar dan keputusan kerajaan bagi memastikan pengguna terus menikmati kemudahan serta perkhidmatan berkualiti disediakan di sepanjang lebuh raya.

“Susulan langkah berkenaan, pampasan bernilai RM160.1 juta diperuntukan bagi penangguhan kenaikan kadar tol semua kelas kenderaan seperti ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi iaitu di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE), mulai 1 Januari lalu.

“Penangguhan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan turut diteruskan dengan anggaran pampasan bernilai RM2.093 billion. Antara lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA) dan Lebuhraya Utara Selatan-Hubungan Tengah (ELITE),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, lebuh raya lain yang terlibat adalah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA); Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); Lebuhraya Damansara Puchong (LDP); Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX); Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE); Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR); Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB); Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Terowong SMART.

Dalam pada itu , Mohd Shuhaimi berkata, penangguhan kenaikan kadar tol diteruskan bagi kelas kenderaan tertentu di lebuh raya yang dinyatakan.

“Kenaikan kadar tol di Lebuhraya SPRINT ditangguhkan bagi Plaza Tol Penchala, manakala di Plaza Tol Pantai (kelas satu dan lima) serta Plaza Tol Damansara (kelas lima saja).Kenaikan kadar tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) ditangguhkan bagi kenderaan kelas satu dan lima di Plaza Tol PJS2, manakala Plaza Tol Pantai Dalam dan PJS5 (kelas lima saja).

“Bagi penagguhanan kenaikan kenderaan kelas lima di semua plaza tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), manakala kelas satu dan lima di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

“Penangguhan bagi kenderaan kelas dua, tiga, empat dan lima daripada kenderaan persendirian dan bas di Jambatan Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya