SERDANG: Sebanyak 3,695 atau 59 peratus katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di sini penuh susulan peningkatan kes harian jangkitan pandemik itu. Pada Jumaat lepas, seramai 939 pesakit baharu mendaftar di pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAPES) itu menjadikan jumlah penghuni kelmarin meningkat kepada 3,695 orang. Penambahan penghuni itu menyebabkan katil kosong di MAEPS berkurangan kepada 41 peratus atau yang tinggal kini 2,577…











